Sunday, October 21, 2007

langsir raya

Langsir Baru Dirumahku

Hari Raya pasang langsir baru,
warnanya, fuh! jingga menyala.
Disangkanya untuk menyambut menantu,
dan bukan untuk Hari Raya.

Apakan tidak disangkanya begitu
berbunga emas, berlabuci juga.
Tetamu yang duduk didepan situ,
'berfeeling' macam pengantin baru!

Rupa ada, qualiti pun ada,
Berkain organza, berbunga molek.
Langsir yang kelass jangan disia-sia,
boleh kita 'recycle' balik!

Dikira semuanya ada 4 helai,
lebarnya cukup, panjangnya berjela.
Rasanya memanglah cukup muai,
dibikin baju untuk kami sekeluarga!

Kalau nak 'idea' yang boleh dijamin,
boleh kita simpan untuk sesuatu istimewa.
Barang siapa yang nak bajet pelamin,
boleh 'negotiate' harga untuk disewa!

No comments: